#HardLock
CiteR ChanOP













Home

oitt | SejaRah | ReSiDeN | BaBy Cha Cha | TeMaN KiTeR | PuSaRa | Ooppss! | PanTun PuaKa | MoLoT LaSeR | CiteR ChanOP





baby.jpg
















Salamzzz...
Buat teman teman seperjuangan yang selalu menemani Chanop di Austnet. Chanop ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat semua kerana masih tetap setia di dalam server ini.. Juga kepada tuan punya ompej #HardLock. Chanop rasa sungguh terharu kerana diberi kepercayaan mengelolakan ruangan ini. Di sini Chanop ingin meluahkan segala isi hati dan perasaan yang sudah sekian lama terpendam terhadap para-para chatters. Chanop harap janganlah anda merasa kecewa atau terguris dengan segala tomahan serta kritikan Chanop terhadap semua. Usahlah menjadi seperti bayi yang baru lahir. Tersentuh sedikit, meraung meminta simpati. Segala komen yang Chanop luahkan adalah cerita sebenar. Sudah menjadi maklum, Chanop berada di Austnet setiap detik, sehinggakan mengenali setiap chatters secara peribadi. Oleh itu, Chanop yakin bahawa Chanop layak memberi komen-komen secara terbuka di ruangan ini...ikutilah...
















BabyCute...

Siapa itu Babycute? Chanop kurang pasti tentang kehadiran Babycute. Setahu Chanop, dia adalah pemilik #HardLock...

maMat...

Sebagai seorang jejaka yang baik dan budiman, maMat selalu memberi tolong dan petunjuk kepada rakan rakan seperjuangannya. Acap kali dia dihina dan dikeji, namun maMat tetap bertabah hati untuk melalui segala onak dan ranjau berduri. Buatlah maMat sebagai contoh - `role model'. Walaupun dengan berbekalkan rupa yang tampan dan segak, dia tetap merendahkan diri. Dalam firasat Chanop, ada chatters yang iri hati terhadap ketampanan dan kewibawaan maMat yang selalu menjadi kegilaan remaja masakini. Ala artis glamour. Ikutilah resam maMat, semakin hensem semakin merendah diri. Bukanlah Chanop hendak memuji dia selebihnya, tetapi dia patut dihormati dan dibelai dengan penuh kasih sayang. Tanpa maMat, Austnet tidak bererti lagi. Kepada yang masih menyimpan perasaan pendam, hapuskanlah segala niat dan hasrat iri terhadap maMat.Hidup maMat...Hiduplah Austnet...

jiwang...

Romantis.itulah yang dapat Chanop gambarkan. Seorang yang penyayang dan pengasih kepada setiap wanita wanita Austnet. Belaian dan sentuhan listriknya yang sungguh mengayat hati akan membuat semua wanita tergoda dan lemah tak bermaya. Apatah lagi dengan segala kata kata jiwang yang sungguh puitis. Setiap ayat yang dihujahkan begitu indah dan menawan. Sungguh mempesona dan menjadi idaman setiap yang mengenalinya. Ramai wanita yang sering bertanya kepada Chanop tentang kehadiran jiwang di dalam dunia siber. Ada juga yang mengadu nasib hingga membuatkan Chanop merasa hampa dan kecewa terhadap orang yang sungguh Chanop sanjungi. Di sebalik keprihatiannya kepada setiap wanita, ada tersirat kebuasan yang terpendam di lubuk sanubarinya. Ramai wanita telah dia perdayakan hingga membuah sesuatu yang dilarang. Buat semua chatters wanita di Austnet, berhati hatilah apabila bersua dengan jiwang...

Ziananouri...

Glamor, anggun dan mempesonakan??? Pada mulanya Chanop berpendapat segala yang dikatakan oleh Ziananouri tentang personalitinya adalah benar belaka. Namun setelah melihat sendiri dan mengenali Ziananouri dengan lebih intim, ternyata dia tidaklah seindah yang dikatakannya. Indah kata dari rupa. Ziananouri pernah jua ingin menarik Chanop ke lembah yang kejam dan durjana. Setiap malam dia mengajak Chanop bersiber di dalam irc. Dengan berbekalkan iman yang kuat dan teguh, Chanop tidak terperangkap dalam jerat percintaan Ziananouri. Sungguh kesal dengan sikap Ziananouri yang suka mengagungkan dirinya sendiri. `Kalo jambo tak pe gok. Muker cam bohsia tak laku. Itulah kata kata yang pernah Chanop dengar daripada ramai jejaka yang pernah menjadi mangsa perkosaan Ziananouri. Nasib baik Chanop masih mempertahankan kesucian Chanop. TAK RELA!!!! Biarlah Ziananouri memburu cinta sepi yang masih dilambung ombak kasih...

^Clairvoyant^...

Macam ada kesinambungan antara Ziananouri dan ^Clairvoyant^. Kalau ingin tahu, mereka berdua pernah menjadi pasangan ideal dan romantik. Saling sayang menyayangi antara satu dengan yang lain. Dimana kehadiran Ziananouri, disitulah buah hatinya. Bagaikan pinang dibelah seribu. Kristal dihentak tidak akan retak. Percintaan mereka didalam dunia Austnet menjadi perbualan ramai. Ada yang sampai iri hati dan cuba memisahkan mereka berdua. Namun kasih sayang mereka begitu teguh sekali. Walau dipukul ombak kasih masih tegap berdiri. Tetapi yang masih Chanop herankan, mengapa Ziananouri ingin memburu cinta sepi???

aCik @ kid...

Errrmmm...tiada kata yang indah dapat Chanop luahkan buat seorang insan yang digelar mahaguru perkasa. Pada mulanya, Chanop tertanya tanya tentang penghargaan yang diberikan kepada aCik. Mengapa dia digelar maha??? Apakah yang telah dia lakukan sehingga mendapat gelaran yang begitu tinggi sekali? Namun setelah segala statistik yang dapat Chanop kumpulkan dari para para chatters dan Chanop sendiri pernah diperdayakan olehnya, Chanop mengisythiharkan bahawa dialah mahaguru perkasa dalam jurusan tipu helah. Setiap kata kata yang aCik luahkan akan mendatangkan tanda tanya. Benar atau tipu belaka? Ramai chatters telah menjadi mangsa tipu helah dia. Seringkali dia menukar nick seperti aCik...kid...setan...sheQah...evilkid dan lain lain lagi hingga tidak dapat Chanop catitkan. aCik juga mempunyai ramai anak murid yang dididik dan di belai untuk mengikuti jejak langkahnya. Salah satu mangsa yang Chanop maksudkan ialah si maMat, jejaka yang baik dan budiman. Kepada para chatters yang lain, kalau ingin mengumpat tentang aCik haruslah berwaspada. Kerana anak-anak muridnya ramai berleluasa di luar sana mencari mangsa kutukan dan hinaan. Berhati hatilah apabila berjumpa dengan aCikmanusia yang bertopengkan beruk...

TaLiB @ kiMMie

Dahulu sebelum Talib mengenali dunia irc, dia selalu tidur awal dan patuh kepada keluarga. Namun semenjak tamat pertapaan, dia mula menjadi pemberontak terhadap diri sendiri. Dia mula tidak kenal erti siang dan malam. Malam berjaga, siang dibazirkan begitu sahaja. Beradu dari pagi hingga ke petang. Pekerjaannya mula diabaikan. Kalau tidak berjumpa tabib untuk mengambil cuti sakit, dia akan mengambil cuti kecemasan. Kehidupannya sekarang lain dari apa yang Chanop kenali dulu. Pernah Chanop bertanya kepada chatters yang lain tentang penukaran Talib. Mereka semua bersatu suara mengatakan Talib mengikuti jejak langkah gurunya yang perkasa. Berita yang terkini pula, Talib telah meletakkan jawatan pekerjaannya kerana ingin melanjutkan pelajaran ke gua beruk untuk mempertingkatkan ilmu dalam bidang tipu dan fitnah. Chanop sungguh kecewa sekali. Selain dari kejujatan molot Talib, Chanop tidak menduga dia sanggup membuat sedemikian rupa, meninggalkan pekerjaannya yang tetap untuk menuntut ilmu yang bukan sahaja membinasakan diri sendiri, malah membinasakan orang lain. Kalau dahulu Talib sekadar melagakan orang, sekarang pula dia ingin menipu. Inikah Talib yang sebenarnya???..

AciK_SpiN @ MeTaLLija

Acik dari kumpulan spin ke? Bukan...jangan terkeliru dengan penipuan penyu dari dungun. Wajah dah mirip penyu bertelur di Rantau Abang, ada hati pula hendak menjadi Achik. Sungguh memalukan dan mengecewakan. Ada desas desus yang mengatakan si jaja turun ke Singapura kerana hendak menuntut ilmu dengan mahaguru perkasa. Sebabtu Chanop jarang melihat dia dalam dunia irc. Entah lah apa yang hendak Chanop katakan. Kalau boleh Chanop ingin menasihati si jaja ni. Insaflah sebelum ke kanca maksiat. Jauhkan diri dari mahaguru. Kalau ingin bergaya seperti Achik dari kumpulan Spin, Chanop rasa itulah lebih mulia dari mendekatikan atau mengabdikan diri kepada si mahaguru. Kembalilah ke asal mu untuk bertelur sebanyak banyaknya...

Nur^Cahaya @ MonTeL^BumBum

Wanita ni serupa dengan Ziananouri. Chanop rasa mereka berdua macam kembar tak jadi. Nama seindah pelangi, tapi rupa mengalahkan tenok di hutan. Oopss!! Itu Chanop dengar dari seseorang. Maafkanlah Chanop wahai Cahaya. Chanop sengaja meluahkan apa yang chatters lain curahkan kepada Chanop. Kalau di irc dulu, Chanop pernah jua terjerat dalam gelombang asmara Cahaya. Seperti yang diperlakukan oleh Ziananouri terhadap Chanop. Nyaris nyaris Chanop hilang kesucian. Cahaya adalah wanita siber yang gilakan seks. Setiap jejaka dia cuba menggoda dengan menggunakan kata kata yang menghairahkan. Kekadang dia boleh membuatkan jejaka lain mengeluarkan ayer zuriat dengan mengunakan bahasa bahasa yang romantik dan seksi. Tetapi yang Chanop herankan ialah, mengapakah dia sanggup berkelakuan sebegini rupa. Adakah kerana dia kecewa dengan jejaka yang sering mempermainkan cinta sucinya. Ataupun dia sekadar ingin memperdayakan semua jejaka yang tidak bersalah. Sebagai orang yang dewasa, Chanop ingin menasihatkan Cahaya supaya hentikanlah perbuatan ini. Takut suatu hari nanti kamu akan digelar wanita Giler Seks. Kalo jambo tak pe gok. Ni muker cam tapai basi...Chanop sekadar meluahkan kata kata chatters lain. Maafkanlah mereka wahai Cahaya...

||nalocaffe|--...

Budak ingusan ini susah pula Chanop nak katakan. Kekadang Chanop lihat dia bagaikan ingin menggantikan jawatan Chanop sebagai pengawal Austnet. Setiap hari, siang dan malam, Chanop melihat kehadirannya di sisi Chanop. Walaupun setiap hari dia berada di sini, Chanop masih tidak dapat mengenalinya begitu rapat. Tetapi rasa rasanya dia ni bakal menggantikan tempat mulut mak jujat yg disandang oleh Talib sedikit masa dahulu hingga kini. Kerana dia bagaikan awok awok. Dia akan menambah atau melaga laga kan orang setiap kali dia melihat pergaduhan ala si Talib. Sungguh kejam dan tak bermoral. Kalau tentang penipuan, Chanop kurang pasti. Hingga kini dia masih ingin menyembunyikan dirinya dari khalayak ramai. Mungkin kerana dia tidak cukup sifat. Seperti tidak mempunyai hidung atau mulut yang muncung bak burung murai. Sama samalah kita lihat kelak...

bONd99...

Kekasih Ziananouri??? Adakah perpisahan dan keretakkan percintaan Ziananouri dengan ^Clairvoyant^ berpunca dari perhubungan sulitnya dengan bONd. Kemungkinan juga ada logiknya. Kerana Chanop pernah ternampak kata kata yang romantis dan penuh kasih sayang yang diluahkan oleh bONd kepada Ziananouri. Inilah cinta tiga persegi antara Ziananouri, ^Clairvoyant^ dan bONd99. Sungguh tragik dan romantis percintaan mereka. Bagaikan cerita Hindustan. Disana menanti disini menunggu bagaikan buah keduak tak jatuh ke mulut Ziananouri...

AkHiR KaTa...

ChanOP sekali lagi ingin meminta maaf kepada semua atas kelaseran molot ChanOP. Jangan para chatters mengambil hati kerana ini adalah luahan luahan ikhlas yang datang dari lubuk hati ChanOP. Terima kasih atas segala sokongan para chatters di #HardLock.
Sekian Wassalam.....

baby.jpg

TuLiH BuKu TaMu

#HardLock

magicsdomain

OmPej MiNaH GLeMeR