Ilhamku
Intan













Home

Prakata | Ziananouri | jaja | melati | Intan | ilhamku | Epilog

































- aku dinamakan perempuan -

kerana aku dinamakan perempuan
aku di damba semua derita
di gantung segala nestapa
disebabkan aku adalah...perempuan

oleh kerana aku perempuan
hatiku dihiris satu - satu
biarpun ku laung bertalu - talu
menjerit!
sakit! sakit!
tapi...dibiarkan
walau dikau lihat seksa nya aku
tapi......aku cuma perempuan
ungkapmu!

bila aku dinobatkan sebagai perempuan
maruahku di cincang kasar - kasar
hingga hilang segalanya
ego bertahta di nafsu
kerana aku hanyalah perempuan

maka aku perempuan sekali pun
tidak sedikit pun aku getir
kerana aku tidak sedayus mu
merobek kelemahan insan lemah
sedangkan dikau lagi hina dari bangkai
oleh itu......
aku rela sebagai perempuan..........

tarantula







- kau -

kau jujur rupanya?
mengkhabarkan apa yang pasti
sedangkan mungkar padaku
palsu untuk ku
kerana jujurmu racun kelat bagiku
memamah hatiku diam - diam

kau ikhlas rupanya?
menempat namamu teratas
kerana keikhlasan mu
tapi.......aku?
menahan seksa
terpaksa menyekat kebaikan mu
yang semakin lama memakan diriku
dan yang nyata...menyusahkan ku!

aku sedar.......
kau adalah yang terbaik
ingin menarik ku ke tahta paling agung
tapi.....jujur mu tidak sehaluan dengan ku
ikhlas mu menyemakkanku
akhirnya......aku juga yang musnah
angkara mu!
adakah PENJAGAAN mu itu mulia padamu?
atau seksa padaku....
nyata......kau yang tahu segalanya......

tarantula





























- cermelai rindu -


didakapmu usah terfikir
inikan pula untuk menatapmu
hanya hembusan saja dapatku rasa...

cermelai mu aku tatang
kuulit mu bila malam berlabuh
biar seluruhmu ku lurah
namun .....sia- sia

kini...
kau hadir semula
memujaku dalam diam
menagih kerinduanku dalam pilu
itu dikau....
wahai cermelaiku....

tarantula

Nama : Intan
Alamat : Trengganu

Red Glass Tumbling Arrow 13